Khamis, Ogos 12, 2010

CERITA TENTANG SI KATAK KECIL


Pada suatu hari, ada sekumpulan katak-katak kecil.., yang berlumba-lumba. Katak-katak kecil ini berlumba dengan tujuan untuk mencapai ke tempat yang paling tinggi iaitu sebuah menara yang tinggi.Penonton berkumpul bersama mengilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta .

Perlumbaan pun bermula dan secara jujur, tidak ada satu pun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil itu  tidak akan boleh berjaya  mencapai ke puncak menara.

Terdengar ada yang berkata, " Oh, jalan nya terlalu susahhhh..!!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak..!!  Atau, " Tidak ada kesempatan untuk berjaya... Menaranya terlalu tinggi...!!! "

Katak-katak mulai jatuh satu persatu.....Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi... Penonton terus bersorak... 
" Terlalu susah...tak akan ada satu pun yang akan berjaya..." Dan, lebih banyak lagi lah katak-katak kecil penat dan menyerah....

Akan tetapi, ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi..dan tinggi.... DIA TAK MAU MENYERAH KALAH !!! Akhirnya, katak-katak kecil yang lain telah menyerah kalah untuk menaiki menara.Kecuali seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang BERJAYA sampai ke PUNCAK...!

SEMUA katak-katak kecil ingin tau bagaimana katak ini boleh melakukan  nya...? 

Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak kecil berjaya dan mempunyai untuk mencapai tujuan ? TERNYATA.... katak yang menjadi pemenang tadi... TULI...

Nasihat dan teladan dari cerita diatas adalah,
Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan NEGATIF atau pesimis....
kerana dia akan mengambil sebahagian besar mimpi atau cita-cita mu dan menjauhkan dari mu... Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada, kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh menpengaruhi perilaku mu...! Kerana itu...selalu lah bersikap POSITIF...!!!

Dan yang terpenting, bersikap TULI jika ada yang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-cita mu...!Selalu lah berfikir, 
I CAN DO THIS...!!!

Kalau begitu, Kapan lagi...? Kalau bukan sekarang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan